Ini dia lontong baru dari prancis, yaitu submarine scorpene, adalah kapal selam andalan angkatan laut prancis dan beberapa negara lainnya, tidak terkecuali, negara tetangga kita Malaysia.
Kapal selam kelas Scorpène merupakan satu kelas kapal selam penyerang berkuasa diesel-elektrik . Ia memperlihatkan pendorongan diesel dan satu tambahan pendorongan bebas udara atau "air-independent propulsion" (AIP), yang telah dibangunkan bersama oleh syarikat Perancis DCNS, sebelum itu dikenali sebagai DCN, dan syarikat Sepanyol, Navantia(Dulu dikenali sebagai Bazan, kemudian Izar).
Tentera Laut Chile telah memesan dua Scorpène, yang akan menggantikan dua kapal selam kelas Oberon yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh Tentera Laut Chile. Tentera Laut DiRaja Malaysia telah memesan dua (dinamakan juga kelas Perdana Menteri, dan Tentera Laut India telah memesan enam. Semuanya akan dibina di Mazagon Dock Limited, India dan tiga terakhir akan dilengkapi dengan modul AIP. Pada tahun 2008, Tentera Laut Brazil telah memesan empat buah Scorpène. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa kapal selam kelima telah dipesan untuk dibangunkan sendiri dengan lojipendorongan nuklear. Walaupun ia mungkin satu jenis kapal selam kelas Barrakuda. Kapal selam Scorpène kelasO'Higgins dan Carrera milik Chile telah disempurnakan dalam tahun 2005 dan 2006 masing-masing, dan buat masa ini hanya dua beroperasi.

0 comments:
Post a Comment